Kerjaya politik awal Spencer_Perceval

Sebagai Peguam Negara

Abang (atau adik) Perceval, Lord Arden, berkhidmat dalam kerajaan William Pitt Muda dan menyebabkan Perceval mendapat perhatian. Beliau dicalonkan untuk jawatan Ketua Setiausaha kepada Lord Lieutenant untuk Ireland pada tahun 1795 tetapi menolak gagasan kerjaya politik. Bagaimanapun, Perceval menerima pencalonan sebagai ahli parlimen Northampton pada tahun 1796, apabila pewaris tuan punya tidak melayakkan diri untuk amanah keluarga. Beliau membuat sebilangan ucapan yang membidas Charles James Fox dan politik revolusi dengan ganas, dengan itu menarik Pitt sehingga mempertimbangkannya sebagai pewaris yang mungkin. Perceval dilantik sebagai Peguam Cara Kelengkapan pada tahun 1798.

Perceval tidak bersimpati dengan peletakan jawatan Pitt, akibat Emansipasi Katolik, selepas kelulusan Akta Kesatuan dengan Ireland. Justera itu, beliau dinaikkan pangkat dalam kerajaan Addington menjadi Peguam Cara mulai dari tahun 1801, dan kemudiannya Peguam Negara mulai dari tahun 1802. Bagaimanapun, Perceval tidak bersetuju dengan dasar am Addington, khususnya dasar luar negerinya dan oleh itu, mengehadkan diri kepada ucapan-ucapan tentang persoalan undang-undang. Apabila beliau mempertahankan kerajaan, beliau hanya memberi komen yang penuh cercaan. Apabila Pitt kembali pada tahun 1804, Perceval mengekalkan jawatannya. Walaupun beliau memulakan pendakwaan orang yang radikal, Perceval juga membaharui undang-undang tentang pengangkutan hukuman ke Australia.

Semasa upacara pengebumian Pitt pada bulan Januari 1806, Perceval merupakan salah satu pengusung. Beliau kemudian menjadi penentang kerajaan apabila kerajaan baru memasukkan Fox, dan memberi banyak ucapan yang berkesan untuk menentang 'Ministry of All the Talents' (Kementerian Semua Bakat). Beliau juga menentang bersungguh-sungguh, khususnya terhadap emansipasi pemberian hak sama rata kepada penganut mazhab Katolik. Apabila Kementerian tersebut jatuh, Duke Portland mengasaskan sebuah kerajaan campuran tak stabil yang terdiri daripada anggota kanan Tory, dengan Perceval sebagai Canselor Exchequer serta Ketua Dewan Rakyat. Dengan Portland kini tua, kurang sihat dan merupakan boneka, Perceval merupakan Perdana Menteri yang sebenar. Beliau biasanya juga tinggal di 10 Downing Street, walaupun beliau membeli Elm Grove, sebuah rumah yang besar dan selesa di Ealing, 8 batu (13 km) di arah barat London. Rumah itu pada tahun 1808 merupakan rumah Biskop Durham.[1]

Sebagai Kanselor Exchequer (1807–1809)

Adalah di bawah Perceval bahawa William Wilberforce meluluskan rang undang-undang untuk menghapuskan perdagangan abdi. Apabila Napoleon Bonaparte menyekat perdagangan British di bawah Sistem Benua, Perceval mendraf undang-undang Orders-in-Council untuk membalas terhadap perdagangan asing. Beliau juga menentang sebarang bantuan kerajaan kepada Maynooth College. Kerajaannya seringnya mengalami perpecahan dan apabila Duke Portland menghidap angin ahmar pada bulan Ogos 1809, timbulnya persaingan yang hebat antara Perceval dengan George Canning tentang siapakah yang wajar mengambil alih. Perceval menang dengan sokongan daripada Viscount Castlereagh.